Ahad, Julai 31, 2011

Scheduled Entry: رمضان المبارك

Assalamualaikum
fuyyo lama sudah aku tak update blog, punya la berdebu siap semut buat sarang lagi..haa tipu lah tu..tak baik tau tipu bulan puasa..haha sebenarnya belum puasa lagi pun sebab ni entri berjadual, masa bila aku menulis blog ni pun tak yah la tahu yer, yang penting entri ni ter'post' pada malam pertama ramadan. sebelum solat tarawikh aku akan make sure post ni keluar..haha kalau tak keluar padan muka.


okay sebenarnya aku nak minta maaf pada semua yang bergelar makhluk tuhan yang mengenali dan tidak mengenali diri ini, yela sebelum puasa nak mula kita kena memohon maaf dan memaafkan orang lain supaya puasa dan ibadah-ibadah lain kita berjalan dengan tenang.

walaupun memohon maaf itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sekalipun, bukan hanya nak puasa ataupun pagi raya, tetapi setidak-tidaknya dengan kedatangan ramadan kita teringat dan terbuka hati untuk memohon dan memberi maaf, macam baca yaasin malam jumaat, tanpa malam jumaat, kita tak terluang pun nak buka kitab walaupun membaca yaasin itu tak terkira bila pun masanya untuk dibaca.

akhir kata, tolong lah maafkan aku atas segala ketelanjuran dan kekhilafan yang pernah aku lakukan sama ada sedar atau dibawah sedar dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua, jangan puasa yangyok pagi2 bukak periok yer..eh nak sahur kenalah bukak periok..think positive!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya