Khamis, Jun 23, 2011

Pabila Ibu Berpesan



Pabila Ibu berpesan
jadi anak yang baik bila dah lahir nanti

Pabila Ibu berpesan
Jangan nangis lagi
nanti ibu susah hati

Pabila Ibu berpesan
Jangan main kotor
sebab nanti kaki mu masuk cacing


Pabila Ibu Berpesan
Jaga solatmu
kerana itu hal pertama yang akan dihitung

Pabila Ibu Berpesan
Jaga Ibadah mu 
kerana hidup dan matimu hanyalah kerana Allah

Pabila Ibu berpesan
Jangan gaduh dengan kawan-kawanmu
sebab kawan tempat kamu meminta tolong

Pabila Ibu berpesan
Belajar rajin-rajin
nanti boleh dapat kelas atas-atas 
dan kawan dengan orang bijak pandai

Pabila Ibu berpesan lagi
Belajar rajin-rajin
nanti boleh sambung belajar dekat U.

Pabila Ibu berpesan
Jangan isap rokok
sebab rokok permulaan dadah

Pabila Ibu berpesan
Jangan Berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim siang atau malam
sebab yang ketiga adalah Syaitan

Pabila Ibu berpesan
bacalah Al-Quran
supaya dapat menerangi kubur ibu nanti

Pabila ibu berpesan
jadilah lelaki dan suami yang bertanggunjawab
kerana ia akan dihitung di padang mahsyar

Pabila Ibu berpesan
Jangan menduakan isteri
sebab nanti isteri hilang hormat

Pabila Ibu Berpesan
Ucaplah kalimah syahadah
bila nanti kamu mahu menemui Tuhanmu

dan akhirnya 
aku tetap
buat tak tahu...

kerana aku belum sedar
Pabila Ibu berpesan
itu penting untuk kehidupanku

dan aku pasti akan merindui
tika ibu tidak mampu berpesan lagi

maafkan aku Ibu..





1 ulasan:

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya