Isnin, Jun 20, 2011

Plagiarism Blog : Bernilaikah??

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku yang semakin meningkat..wah perasan kau!! alhamdulillah menurut statistik aku dapat rasakan yg blog aku sudah ada ramai pembaca dari sebelum ini. terima kasih kepada semua. walaupun ianya masih kerdil jika nak dibandingkan dengan blog-blog rakan lain, tapi aku tetap bersyukur. dan buat pengetahuan semua, buat pertama kali dalam sejarah entri Perlu ke Gaduh adalah entri paling popular blog ini dengan mencapai hampir 200 pembaca setakat malam ini. 200 je pun, hehe..xpelah aku bangga jugak.

okay korang biasa blogwalking kan?? apa pendapat korang tentang blogger2 yang suka copy paste isi kandungan dorang dari sumber lain. ala macam cerita gosip artis, cerita gempak tikus makan kucing, berita sensasi siti masuk askar dan sebagainya, seolah-olah mereka2 ni malas nak buat ulasan sendiri. ambil cerita dari sumber lain, copy pastu paste jer.

rasa macam blog mereka2 ni ada nilai tak? berbanding dengan blogger yang memerah keringat jari jemari tulis pasal sesuatu dengan penuh keikhlasan dari hati yang tulus. yang bagusnya blog2 copy paste ni lah yang ramai sangat follower nya pun..

aku bukan nak pertikai apa yang mereka buat, ini hak masing2 kan? cuma nak tahu pendapat jer dari anda yang membaca entri ini.

okay, btw..aku nak kongsi bagaimana pembaca blog aku meningkat..korang sertailah INI..best woo kitorang macam dah satu keluarga kat sini walaupun baru seminit jadi ahli..Thanx Sarjan Keroro dia yang kenalkan aku dgn group ni..

last word enjoy yourself!!

5 ulasan:

  1. hehe, diorang ni mengejar trafik yakni pendapatan melalui blog.

    tu lah pasal.

    blogger ni ada banyak jenis, bergantung pada niat :)

    p/s : nape tak buat pop-up komen jek?

    BalasPadam
  2. sarjan..dah setting balik..owh kiranya mengejar keuntungan lah..okay faham.

    dzarief...sgt jujur..

    BalasPadam
  3. keen lebih suka bc blog yg bg pndgn sendiri.. lebih menarik.. bukan blog yg suka copycat.. huhuU~ =.=

    BalasPadam
  4. first:cerita artis etc tu bagi aku topik yang layak buat entri copy paste je,maybe sebab pembaca memang nak tahu.so better have more than one source kan.tapi put an effort lah nak copy paste pun.jangan la bukan 13 blog,semua ayat sama.some information need to be spread out,n copy paste perlu.cite wherever needed.

    mcm entri kau copy paste nak sebarkan contest abg eq tu lah.wahaha..tu bkn copy paste,menyebarkan je kan..

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya