Ahad, Februari 03, 2013

Hidup Tak Kemana Tanpa Tuhan

Assalamualaikum wbt,

sebagai manusia memang aku tak pernah lepas dari melakukan dosa.., kecil, sederhana, besar boleh kata semua peringkat dosa aku dah rasa. penting sangat ke nak fikir pasal dosa bila masa buat dosa tu fikir sedap je kan? kawan aku pernah berpesan, sebesar mana pon dosa yang kita sedang buat, sesekali jangan lupa kita pada Tuhan. dia bagi contoh kalau tengah tengok porn pon ingatlah ada Tuhan dan malaikat yang sedang tengok kita ghairah melayan aksi-aksi nikmat mereka. 

menyesal selepas melakukan dosa itu sememangnya perlu sebab itu tanda kita mungkin still rasa malu dengan dosa yang dah kita buat. nafas yang diberi, mata yang diberi, segala semua pancaindera dan anggota yang diberi ini semua adalah pinjaman dari Tuhan, kalau tiba masa Tuhan nak rentap dan sentap segala nikmat yang kita miliki memang dah boleh sangat dah tapi Tuhan taknak sebab Dia sayang kita. ada masa lagi dan ruang untuk bertaubat. 

dalam sehari-hari benda yang aku sering doakan adalah supaya aku mati dalam agama Islam, mati dalam keadaan hamba yang mengamalkan Islam, bukan sekadar mati atas tiket dan sijil mati yang tertera beragama Islam tapi pada dasarnya kosong, sifar takda apa-apa. tapi bedoa saja tanpa usaha kearah itu umpama menjolok kelapa dengan lidi, lidi patah, tak sampai dan tak dapat hasil pon.

sebagai manusia yang dah baligh yang dah tanggung dosa seratos peratos atas kepala dan bahu sendiri menjadi pilihan aku untuk memilih cara hidup yang diberkati. kadang iman dalam diri ni sekuat dan seteguh-teguhnya tapi sering juga tewas dengan desakan nafsu. tidak menghairankan jika janji Tuhan bahawa orang yang solat tunggang tebalik 24/7 pon belum tentu masuk syurga apalagi aku yang penuh binasa ketika hidup didunia. sungguh aku sudah menzalimi diri sendiri.

paling bangang yang selalu aku fikir adalah, esok aku hidup lagi, tak mungkin aku mati sebab semalam aku pikir aku tak mati esok then memng aku tak mati pon hari ini, jadi esok memang aku takkan mati..ada masa lagi nak bertaubat!

selalu jugak fikir aku ni hidup kat dunia apa tujuannya? apa motif?selain belajar, lepastu kerja, kawen..itu saja ke? mustahil itu saja..sangat mustahil jika kita fikir itu sajalah motif kita hidup. duit gaji yang ada sekadar dibuat bayar zakat dan menderma selebihnya berhibur, berlibur.kau rasa itu saja ke motif kita diwujudkan didunia. mustahi. mustahil sangat mustahil..kita dah dikelabukan dengan berbuat benda wajib yang sedikit itu seperti solat, zakat, puasa dah cukup sebagai tiket masuk kesyurga.mustahil sangat mustahil jika itu sahaja motif kita didunia. 

aku masih mencari motif aku wujud didunia. aku akan terus cari dan cari..doakan aku jumpa apakah motif aku wujud didunia. bukankah Allah dah berjanji tiada apa pun yang Dia cipta melainkan ada kepentingannya tersendiri.

memang neraka layak untuk aku. dan bodoh lagi hina la aku jika tidak ambil peluang yang ada untuk bertaubat


12 ulasan:

  1. apa lagi jika kalau tdk melakukan dosa? takkan dpt lari itu semua selagi kita manusia.. cuma ingat, cuba utk perbaiki diri, kurangi dr mengulang dosa itu semula dan tobat selalu..

    p/s: aq pon bru je abes bce novel pecah tu.. ko rse? ok x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari setat aku baca sampai habis persoalan dia kekal jd persoalan..xtahulah aku yg lembap nk hadam atau mmg aku xdpt nk tgkap..masa saat die jumpa tgkorak nora tu aku still selak blkg dua kali..okay aku sedar mmg die habis kt situ jer..tp overall mmg intersting la sbb prncgn yg teliti n x disengajakan oleh herman itu..x sbr nk tunggu filem die kuar pulak..dari 5 aku boleh bg 4sengah bintang

      Padam
    2. sama ahhh.. bpe kali aq selak takut tak cukup page ke buku tu..mmg ending dia lain dr yg lain.. ni next nak bce 2nd novel dia tajuk cerpen.. klu filemdia kuarmmg gempak ahhh..

      Padam
  2. InsyaAllah.. Sama2la kita berdoa supaya kita mati dalam keadaan yang beriman.. aku pon banyak dosa.. tak layak nak masok syurga.. huhu

    BalasPadam
  3. Bagus entri ini.Buka mata kita yg membaca.

    BalasPadam
  4. Semua orang layak masuk syurga. usaha dan taqa yang menentukan =)

    BalasPadam
  5. tang porn tu boleh tahan.wahahah! :D hai bro lama tk ke sini.

    BalasPadam
  6. jaga rukun iman dan islam...insyaallah...")

    BalasPadam
  7. ko selalu tengok pron kah. hihi..

    weh,gathering tu tak kisah sape sape.. nanti bagi nombor tipun ko k

    BalasPadam
  8. syukur
    sekurang2nya masih diberi hidayah dan peringatan unutk mengingati mati dan Pencipta

    insyallah
    selagi kesedaran seperti ini masih ada
    kita tidak akan lari dari landasannya
    sebagai manusia
    bumi mana yg tidak ditimpa hujan

    semoga terus melakukan kebaikan. amin

    BalasPadam
  9. kiri kanan depan belakang
    utara selatan barat timur
    kemana sahaja kite berade ia tetap adeeee..
    kepada dia kite datang dan kepada dia juge kite kembali..
    segalanya ADAMU...

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya