Isnin, Disember 02, 2013

Melankolia Kita

Ketika rosak dan hancur jiwa ini,
 aku mencari sebuah kedamaian
kedamaian yang mampu bawa ketenangan panjang dan juga selamanya
ketika aku sesat dalam mengenali sebuah cinta
saat aku meronta memerlukan sebuah cinta manusia untuk ditagih
aku bertemu kamu tanpa aku percaya bahawa aku pernah tertarik dengan tingkahmu dulu

Allah Maha Kuasa Maha Pengasih Maha Penyayang
aku dipertemukan denganmu bukan sebagai sekadar teman biasa
hati aku dan kamu mempunyai rentak yang sama
itulah getaran cinta yang aku selalu rasa ketika bersama kamu

wahai ahli cinta,
sungguh aku terhutang budi dengan kebaikan yang kau beri
aku seronok setiap kali aku tatap wajah kamu
yang mana aku tahu tidak lama lagi aku tidak dapat tatap wajahmu lagi
saban malam aku berlatih untuk tidak rasa apa-apa
saat dimana dipenghujung nanti aku perlu berpisah jasad dengan kamu

air mata yang ada ini tumpah kerana kasih dan sayangmu
jiwa yang sepi ini sepi kerana mrindukan senyummu
wahai kasihku, aku mohon padamu
kau mintalah izin dari Tuhan untuk tarik tanganku ke syurga Dia
jika kau tidak ketemu aku disana
aku mohon sahabat sejatiku
aku mohon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya