Assalamualaikum wbt,
aku tahu pembaca blog ini adalah antara pengundi baru untuk PRU 13 yang akan datang, ye kepada yang sudah mendaftar sebagai PEMILIH seharusnya anda sudah mendapat makluman dari mana-mana pihak memberitahu bahawa anda sudah layak mengundi dan boleh mengundi untuk this upcoming GE.
kalau macam aku yang duduk dekat Selangor memang tiap bulan sejak hujung tahun lepas dapat surat cinta dari Najib Razak bagitahu kawasan mengundi aku semua (tapi tempat mengundi sama ada dekat sekolah atau dewan boleh semak dekat website SPR). dekat sini aku nak kongsi sedikit apa yang perlu korang lakukan dan tidak boleh lakukan semasa ditempat mengundi
MyKad korang lah. selain itu dokumen yang diterima adalah pasport Malaysia, lesen memandu, atau kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi gambar korang, nama penuh, dan nombor kad pengenalan.
2. Apa yang perlu korang lakukan apabila tiba di pusat mengundi?
Pabila korang memasuki tempat mengundi, pertama sekali, tangan korang perlu diperiksa bagi memastikan korang tidak mengundi untuk kali kedua. memang tak pernah ada kes seseorang mengundi dalam dua kali, sebab nombor IC adalah unik dan tidak boleh ditiru. Apabila ejen itu menyemak nama korang dan nombor kad pengenalan, korang akan diberi kertas undi. korang perlu menuju ke booth mengundi, pilih calon pilihan korang, dan letakkan ke dalam kotak undi. Jika pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum, korang akan diberi dua kertas undi dan akan ada dua peti undi. (satu untuk Parlimen, satu lagi untuk Dewan Undangan Negeri)
korang boleh mengetahui di mana korang akan membuang undi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (www.spr.gov.my) . korang juga boleh semak melalui SMS dan tempat pusat mengundi korang akan di SMS balik pada korang. Sebuah laman web juga akan dilancarkan, bagi menyalurkan segala maklumat yang berkaitan dengan PRU 13
Akan ada tempoh berkempen untuk calon-calon dari parti-parti kesayangan korang bagi berkongsi dasar-dasar dan idea-idea mereka dengan korang rakyat kesayangan mereka..kononyerr
Nak mampos??. hanya ejen dari parti dan calon-calon yang bertanding boleh berbuat demikian. nak tengok jadilah ejen parti yer..
korang boleh menunggu sampai lebam di pusat perkiraan undi, terdapat skrin besar di sana yang menunjukkan kemas kini terbaru. korang yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan boleh menunggu di sana sampai lebam yer.
"INGAT UNDI KORANG ADALAH RAHSIA, JANGAN BUAT UNDI ROSAK, SEBAB KEBODOHAN KAU AKAN TERSERLAH KERANA SIA-SIA KAU DATANG BERATUR PANJANG SEMUA TAPI AKHIRNYA UNDI KAU TAK DIKIRA NANTI. TAK TAHU MACAM MANA NAK PANGKAH, TANYA MAKCIK KAT KAUNTER PENDAFTARAN TU, JANGAN TANYA SIAPA YANG KAU PERLU UNDI PULEKK. PILIH CALON BUKAN DENGAN MATA KEPALA, TAPI DENGAN MATA HATI"
teringin nk mengundi, tapi umur x cukup lagi
BalasPadamRock ooo Rimba Bara Download
sabah mungkin akan jadi seperti pulau falklands
Wajah Porn Star Tanpa Makeup
Kantoi Tengok Video Lucah Di Tempat Awam
ACV-300 Adnan Bertempur di Lahad Datu
baiklah encik
BalasPadamteringin nk mengundi kat luar ;(
BalasPadamkali ke2 undi pos..
FD takboleh mengundi sebab tak cukup umur :/
BalasPadambtw nice entry :D boleh tau info sikit2
Newbie: Hehe.. banyak membantu ni ;D
BalasPadamManusia yang buat undi rosak adalah manusia yang paling bijak hahah
saya pilih mengundi... hehehe
BalasPadamaku dulu masa praktikal kat majlis perbandaran, pernah la jaga pusat mengundi..memang seronok kot..semua proses aku dapat tengok, termasuk proses kira undi..
BalasPadamdulu la..lama dulu..
Okok, semangat nak ngundi nih!
BalasPadam