Khamis, Julai 25, 2013

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Andai ini Ramadhan Terakhir
wahai diri renungkanlah engkau akan nasibmu
wahai qalbu..sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal..terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian..adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu..kepadaNYA tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan diawal waktu
solat yang dikerjai..sungguh khusyuk lagi tawadhuk
tubuh, minda dan qalbu..bersatu memperhambakan diri
mengadap Rabbul Jalil..menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam)

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan al-Quran bakal kau dendang..bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu kau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih, berqiamullail, bertahajjud
mengadu..merintih..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak ke syurga-MU
tapi aku juga tidak sanggup ke neraka-MU
oleh itu duhai Ilahi..kasihanilah kami daku hambaMu ini"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tidak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh kemari kita meriahkan Ramadhan
kita buru..kita cari..suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu kau akan bersedia batin dan zahir
mempersiap diri..rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan..lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..paling berseri..
suapaya aku tidak menjadi hambaMu yang paling rugi

(unknown)

2 ulasan:

  1. IZI! Mana menghilang? Puas mencari. Hmm.. :(
    dtg2 je, dgn puisi syahdu je. Insha Allah, anas doakan Izi panjang umur utk bertemu Ramadhan yg akan dtg ye. Jgnlah bermuram durja. :)

    p/s: punyalh tunggu dia x update2. akhirnya.

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan!

    Akhirnya singgah sini setelah...setahun ? Haha lama betul menyepi.

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya