Sabtu, Disember 22, 2012

Tak Salah Meniru Dalam Exam Rupanya

Assalamualaikum wbt,

toyol, dia datang kepadaku berlari-lari..siapa yang dalam hidupnya pernah berlaku jujur pada diri? haha, bukan tanya siapa yang tak pernah kan. tapi siapa yang pernah..sinis sangat. dah nak dekat musim peperiksaan ni sesuai benar rasanya nak bercerita perihal toyyool. 

aku bukan apa lah, masa zaman sekolah dulu biasa jugak buat kerja setan ni, aku ingat masa sekolah rendah memang aku tak pernah buat benda ni. tapi naik sekolah menegah dah mula menjinak-jinakkan diri, siap ada gaya tersendiri lagi. biasalah bila duduk kelas-kelas atas ni cara pemikiran dia bombastik sikit tak macam bebudak kelas bawahan kan.giteeww kau mengata mereka. maksudnya macam ni. perangai setan yang kami buat ni memang sukar juga dikesan oleh guru..tanpa guna teknlogi dari Jepun pon boleh berkomunikasi satu kelas bila time exam. begitula betapa liciknya kami. takpayah lah aku bagitahu teknologi apa kami guna sebab sekarang korang semua dah ada smatpon kan.. lagi hebat.

tapi sejak naik belajar dekat universiti start from diploma until now, aku dah tinggalkan kerja setan aku sebab bagi aku dekat universiti kita dinilai sepanjang semester. keputusan yang bakal keluar selepas tamat peperiksaan akhir juga adalah keputusan yang dirangkum dari kuiz dan test sepanjang semester. esaimen tak payah kira lah sebab memang kebanyakannya esaimen adalah grup esaimen. jadi bila keputusan yang keluar tu adalah hasil daripada ketidakjujuran kau masa menjawab kuiz dan test, bawa toyol, bbm kawan, wassap wassip sana sini, bawa note kecil dan sebagainya dalam dewan pekse jadi kemana integriti siswa siswi kebanggan negara semua? hehe..



takpayah siyes sangatlah bro, kuiz je pon, bila tiba test, test je pon, masa final nanti aku pulun la habis-habisan, sumpah aku time final aku tak meniru punya. pergi tandas beberapa kali dalam masa tiga jam kertas soalan tu rasanya macam pelik juga..hehe..bukan menuduh tapi cuma terfikir. 3jam nak jawab empat hingga lima soalan berbentuk esei yang semua lecturer minta paling kurang 2 and a half page per esei kau boleh luangkan masa ditandas bersama setan-setan disana? pelik sangat pelik..hehe..tak tuduh, cakap jer..hehe.

tapi begitulah akhirnya, aku cuma memperingati. tapi diakhirnya kawan-kawan fikirlah sendiri, ingat nanti mohon kerja kau guna sijil dan result kau tau, nanti dapat gaji tau, nanti kalau kawen kau sara isteri dan anak-anak tau. lepas tu time tu cuba tanya balik..berkat ke gaji tu tau? halal ke ia tau.. hehehe tau..sekian wassalam tau..

dikesempatan ini:: selamat menjalani minggu mentelaah atau dalam englishnya study week kepada seluruh warga universiti yang berkenaan. selamat berjaya menempuhi peperiksaan akhir. say no to toyyol.

7 ulasan:

  1. Saya pun akan exam final :) Selamat exaam juga.

    BalasPadam
  2. cara hang cakap macam cara lecturer aku cakap time sebelum start selak paper exam.. HAHA

    BalasPadam
  3. memang ada jer yg gi tandas time exam...terutamanya perempuan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hamboi hang racist kn tudoh2 pompuan..haha,,,sama je laki pompuan

      Padam
  4. eh tapi mak aku pun pernah cakap kat aku yang meniru tu tak salah..tu salah satu proses pembelajaran tu..kau tiru, sebelum kau tiru ko baca soalan, then ko baca pulak jawapan kawan ko then ko tulis semula kat kertas jawapan ko..ha, konfim ntt next exam atau bila sembang dgn kwn2 ko dah boleh ingat jawapan kpd soalan yg ko tiru tu..hehe..

    tp, dr segi nilai moralnya hancor la kalo dok amal tiru meniru ni kan..so amek yg baik je, yg x elok simpan buat teladan cukup..

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya