Selasa, Disember 25, 2012

Sinopsis Novel Bulan Ta' Bermadu Di-Fatehpur Sikri

Assalamualaikum wbt,

seperti dijanjikan didalam entri yang ini

Mansor dan Zawiah sepasang suami isteri yang baru bernikah, dalam perjalanan pulang ke tanah air, setelah pengajian mereka tamat di England, seperti sambil menyelam minum air, mereka singgah di India untuk berbulan madu. Mansor yang mempunyai jiwa sentimental yang amat tinggi sentiasa ingin mencatat memori dalam diari peribadinya dalam setiap perjalanan mereka sehingga Zawiah seakan bosan dengan sikap suaminya itu. di kota Fatehpur Sikri, terdapat pasangan yang daif yakni Rehman dan Neeta yang sangat terdesak memerlukan wang untuk mengubati penyakit anaknya Jairaj (time ni aku tengok balik dalam novel, sebab hampir-hampir tertulis Jaipur). 

Rehman hanya berharap akan kedatangan pelancong ke tempat mereka supaya dia dapat melakukan aksi lagak ngeri terjun dari menara istana lama tinggalan sejarah ke dalam kolam air yang agak kecil dan sangat membahayakan. isterinya tidak bersetuju dengan cadangan Rehman itu tetapi disebabkan terdesak ingin mendapatkan wang Rehman tetap ingin melakukannya supaya pelancong dapat memberinya wang.

nak dijadikan cerita Mansor dan Zawiah serta segerombolan pelancong dari luar negara datang ke Fatehpur Sikri untuk melawat tinggalan sejarah. setelah itu, Rehman akhirnya nekad ingin terjun tetapi isterinya Neeta turut naik ke atas menara istana lama tersebut untuk menghalang pegerakan suami kesayangannya itu kerana dia terlalu takut akan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana sebelum ini sudah ada yang maut melakukan aksi tersebut. tanpa diduga-duga seorang gila yang bernama Mehmood telah panjat menara itu dan dia yang terjun dan akhirnya mati. dan begitu lah tamatnya cerita yang aku rasa agak tergantung. 

apa yang seronok bila baca novel ni adalah pengembaraan mereka itu diperjelaskan dengan jelas sehingga aku dapat merasa habuk-habuk menerpa masuk ke mata apabila ada scene mereka dalam perjalanan ke Fatehpur Sikri melalui jalan berdebu dan yang paling ohsem ofkoz kemesraan suami isteri yang baru berkahwin, Mansor dan Zawiah yang selalu bermanja-manja, meraba-raba, cium-cium dan sebagainya. itu tak payah baca pon dah boleh terbayang kan..haha.okay itu jelah nak cerita dengan novel yang aku terjumpa ni.

2 ulasan:

  1. kat mana terjumpa ni..
    mcm menarik.. teringin juga nak pinjam

    boleh..?

    BalasPadam
  2. macam best je.. nanti nak pinjam.. hehe

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya