Makin terkebelakang
mana dia semangat dulu?
Mana dia janji-janji dahulu.
Kalau bukan kerana mimpi takkan kau berada disini.
Goyah cepat, belum tamat dah rasa tak mampu nak buat?
Hey kau yang jiwanya ditubuhku,
kau sudah melangkah kehadapan
tapi mungkin kau alpa dengan masa lampau.
masa lampau kau yang kau bisikkan tentang semangat itu,
kau tinggal dan terus tinggal dan terus tinggal
dan kau lupa terus?
Tolol lah dikau kalau hanya mampu menongkah arus tanpa senjata yang ampuh,
mengekor orang lain dari belakang apa kau ingat kau mampu kedepan?
Pelik aku lihat dirimu sekarang,
yang tak bisa diurus,
tak mampu mengurus
apalagi hidupmu terurus.
Ingatlah misi kau apa..
ingatlah janji mu apa?
Ingatlah Tuhan mu siapa?
Ingatlah agamamu apa.
jangan sewenang kau meludah kelangit
dan fikir kau takkan terpijak tahi dibumi.
Hidup itu liku,
cuba ambil jalan yang lurus
jika yang liku tak mampu untuk kau redah.
setiap satu permasalahan ada jalan penyelesaian bukan?
Hidup terlalu amat banyak pilihan
Pilihan mana yang menjadi racun itu adalah pilihan kau,
pilihan mana yang menjadi penawar juga adalah hak milik pilihan kau.
Jika tidak berdoalah kerana doa adalah senjata ampuh seorang mukmin.
Wah! Cayalah entri ni..boleh buat sajak ni.
BalasPadamditujukan kepada siapa ni? huhu
BalasPadamhanya diri yang mengerti..kui3..untuk diri sendiri bro..
Padamamboii..macam bersajak pulak!
BalasPadameh, smlm akk dah komen tau kt entri ni tapi takda pulak.
ada je la kak..tu kt atas tu..hehe..mmg suka wat2 ayat ala2 sajak ni..baru sedap nak baca..hehe..
Padam