[8/12/2012, sekitar jam 10malam]
sedang gigih memahami sebuah pelajaran bersama teman
di sebuah tempat makan yang ramai orang berkerumun
hadir seorang wanita tua yang wajahnya berkerut
duduk seorang menunggu entah siapa
leka dengan pelajaran, menoleh kembali pada dia
terlena sudah diatas meja
siapa keluarganya? mana dia tinggal?
bersama teman tertanya-tanya
cuba la tanya, makcik tunggu siapa?
duduk dekat mana semua, aku menyuruh teman
ala aku segan la, bilang si teman
apa nak segannya?
yela nanti orang ingat tu mak aku, aku abaikan mak aku dari tadi pulak dorang ingat.
ish kau ni, manada orang fikir macam tu
tidak betah melihat wanita tua itu tertidur sendiri dalam keadaan yang tak selesa
teman beranikan diri melangkah kaki kearah kedai berhampiran
kakak kakak, kakak kenal tak makcik kat luar tu?
dia dah tertidur, kasihan dia
kakak itu menjawab sambil membuat muka yang macam nak minta penampa sedas dua
kenapa? ada masalah? sesudah itu kakak itu melihat seorang lagi wanita yang mungkin anaknya
sambil tersenyum sinis umpama puas memperlakukan sebegitu kepada wanita tua itu
sambil tersenyum sinis umpama puas memperlakukan sebegitu kepada wanita tua itu
tak salah rasanya kalau tumpangkan wanita tua itu sebentar didalam kedai yang berhawa dingin itu.
bukan wanita tu nak buat apa pon, cuma bagi dia tunggu kalian dalam keadaan selesa
sampai hati ke kamu melihat dia sebegitu? bisik kalbuku.
tidak lama telefon wanita tua itu berdering, isyarat supaya wanita itu datang kekedai
owh tahu kasihan rupanya. tapi belum sempat wanita tua itu masuk dia sudah beredar tidak tahu mengapa.
aku mengagak lagi, mesti dia dimarahi oleh kakak itu tadi sehingga dia merajuk.
teman yang telah menjalankan tanggungjwab pula merasa bersalah kerana dia lah makcik itu dimarahi tak semena-mena
tidak mengapa wahai teman, Allah tahu niat kita.
kepada diri sendiri aku berpesan, tolonglah diri aku Ya Allah supaya aku tidak mempersiakan ibu ku jika aku sudah berjaya kelak, tolonglah Kau peringatkan aku pabila aku cuba menderhakai Ibu, Kau ingatkan aku akan entri yang aku tulis hari ini. aku tidak mahu dihukum hanya kerana pandai berkata tapi tidak pandai melaksana..
maksudnya? makcik tu ibu kepada kakak tu ke?
BalasPadamwallahualam kak..harapnya bukanlah..tp kalau org tua yg xde kaitan pon rasanya cm x patut buat cmtu..
Padamwuwuwu....eszy nak nangis baca... :( lama ta jenguk blog ni, bila sekali baca, terus nak nangis..
BalasPadamemm tu la msti kau hampir trlupa akan kewujudan blog aku kan..sokey, lepas ni kerap2 la dtg lg..
Padambtw, xyahlah nak nagis, teruskan je nagis baru aku tau betapa penulisan aku hebat..hahaha