Assalamualaikum wbt,
aku tak tahu kenapa aku berasa takjub dan begitu teruja mahu berkongsi tentang penemuan karya maha sejarah tulisan sasterawan negara A. Samad Said. seolahnya macam aku seorang saja dekat dunia ni yang ada karya asal chetakan pertama pula. novel yang bertajuk Bulan Ta' Bermadu Di-Fatehpur Sikri ni aku temukan semasa mengemas kotak-kotak yang penuh dengan buku-buku.
siapa tahu novel ini mungkin milik abah atau ibu dulu-dulu. entah aku tak mahu tanya mereka rasanya. sebab aku nak simpan jadikan ia hak milik aku selamanya. aku masih membaca novel ini. dan saat entri ini ditulis aku baru masuk chapter III. aku dah cuba google image novel ini tetapi semuanya kulit muka yang baru, dan mungkin juga itu adalah cetakan yang berikutnya, tetapi yang ada ditangan aku sekarang adalah chetakan pertama 1966. usia novel ini jauh beza dari umurku sendiri.
|
muka depan |
|
halaman pertama (tajuk novel) |
|
halaman pertama (penulis) |
|
halaman pertama (publisher) |
|
halaman kedua (printer) |
|
halaman kedua (copyright, chetakan pertama 1966) |
|
halaman tiga |
|
halaman terakhir |
|
harga pasaran |
|
kulit belakang |
[nanti jika aku sudah selesai pembacaan novel ini insha Allah akan aku rungkai jalan ceritanya. diawal pembacaan ini memang aku terasa horny sedikit. maklumlah cerita pasal bulan madu. imagination kuat sangat :p]
seriously feeling-feeling macam jumpa harta karun saja. bukan itu saja aku juga jumpa buku koleksi Puisi Baharu Melayu 1942 - 1960 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. juga diterbit pada 1966 tetapi ia adalah cetakan kedua. cetakan pertama pada 1961.
kepada korang semua kalau rasa-rasa kat rumah tu ada benda-benda yang tersimpan atas almari ke atas bumbung, dalam stor dalam kotak cubalah selongkar mana tahu jumpa benda-benda yang menarik dan jangan sesekali persia benda lama atau antik sebab sentimental value dia sangatlah tinggi. tak mahu just contact aku, aku mahu.
kalau aku pun aku akan rasa teruja.. bukan senang nk jumpa buku time tahun tu.. kebanyakannya dah rosak.. eh, yang tu gambaq a samad said time muda ka?
BalasPadamtula aku baca novel ni pon selak hati2 helaian dia sbb takut trcabut..syg la lau rabak kan..bukan kot tu just model untuk karakter dlm novel ni..sekali pndg mcm remy ishak, mungkin bapa remy dulu kot, encik ishak..hehe
PadamPergh.Mesti rasa macam jumpa pintu nak ke Narnia.
BalasPadamhaha..lebih kurang lah..
Padamaku suka simpan/tgk barang2 antik camnie, tp malas nk baca...hahah
BalasPadamseronok jumpa barang mcm ni kat rumah sndri.. dh jadi mcm peninggalan ala2 khazanah family sendiri.. simpan elok2..
BalasPadam