Lihat Sebelumnya:
Fad Love For Gaza,
Lust Love For Gaza
Assalamualaikum wbt,
Fad Love For Gaza,
Lust Love For Gaza
Assalamualaikum wbt,
jika ada yang sudah terlupa akan tanggungjawab hakiki, mari aku peringatkan maklumlah isu yang kononnya dianggap sudah outdated. sesungguhnya mengingatkan kamu juga adalah langsung mengingatkan diri aku juga. aku dan kau, bapak, ibu aku sama seperti bapak ibu kau dan juga adik beradik aku sama juga adik beradik kau serta kawan-kawan aku yakni kamu semua sama juga seperti kawan-kawan kamu yang termasuk aku juga tidak berdaya berjihad menentang musuh Allah di medan perang. mengangkat senjata saja kau dan aku tidak larat, apa lagi mahu berjuang di medan perang. mengendalikan jentera, helikopter juga jet pejuang kau tidak mampu apa lagi mahu pergi berperang. malulah pada diri kamu jika kau tidak malu pada Tuhan mu sekurang-kurangnya. melakukan yang sedikit cuma dalam memberi pertolongan masih berkira semacam memberi beras secupak ceritanya lebat macam beri sekampit.
sesungguhnya kalian sedar akan apa yang berlaku didunia sebelah sana, dunia kiblat orang islam yang pertama, dunia persinggahan Muhammad SAW sebelum diangkat kelangit, dunia para anbiya, dunia peradaban islam termasyhur wahai rakan taulan kini dipijak, dihenyak, di bakar emosi dan maruahnya, dirogol kesuciannya, diseksa zahir dan batinnya. apa tindakan kamu dan aku?, membiar dan mempeduli tetapi akhirnya membiar? atau mempeduli tetapi cuma diberi kasihan? atau kasihan terus dipeduli dan diambil tindakan? tanya pada diri tanya pada hati juga nurani suci kamu yang paling dalam. aku tak minta kau pergi kesana, aku cuma mahu semua orang islam bersatu dan faham tanggungjawab hakiki.
saudara kita memerlukan kita. skuad solidariti yang hadir menziarahi mereka ada berkata. Palestin bangga dengan Malaysia, Malaysia semangat Palestin untuk terus berjuang. menitis air mata tidak tertahan saat tanggapan mereka yang murni terhadap kita. ya kita sudah melakukan itu dan ini untuk mereka, menderma seringgit, memboikot acuh tak acuh cukupkah wahai kalian? tanya hati, tanya iman. mereka yang memuji kita tidak akan lagi berdarah atau mungkin yang berkata sedemikian akhirnya maut dihujung senapang anjing Netanyahu kelak, tanya kembali pada diri, layakkah kamu diberi pujian itu oleh mereka-mereka tadi? sekiranya kau dan aku mahu tergolong dalam insan-insan yang membantu dalam proses penjahanaman Israel, mulakan langkah anda dari sekarang. mulakan dengan langkah yang paling kecil tetapi konsisten. inshaALLAH sebesar zarah kebaikan ini menjadi pemberat dalam perhitungan kebaikan diakhirat nanti.
islam akan tertegak kembali dibumi ini, usah dipersoal siapa pahlawan yang bakal memimpin dunia islam, jangan dicari kelibat mereka tetapi persoal dan carilah siapa sebenar diri kita disisi islam. biarlah kita menjadi seperti seketul bata untuk menjadi pelengkap terbinanya sebuah istana.
Tammat
"mulakan dengan langkah yang paling kecil tetapi konsisten" setuju dgn statement ni.InshaAllah semoga terus istiqamah.
BalasPadamkita tak mampu nak beradu tenaga..jadikan doa sebagai senjata utama!
BalasPadamteruskan pejuangan ya! especially boikot and so on..
Aku teringin nak p Palestin.. nak rasa kesengsaraan yang depa rasa.. huhu
BalasPadam=)
BalasPadam