[27/2/2012- scheduled entry]
Assalamualaikum wbt,
nak habaq mai la ni, lelaki ni kalau hidup dia tak serba ringkas toksah jadi lelaki la yer..ececeh, itu ayat kondeman paling clichéd sekali sebenarnya..bak kata pepatah lain padang, lain belalang..so pesonaliti seorang lelaki itu sangat berbeza-beza
ada lelaki yang hidupnya memang serba ringkas, makan pagi dengan roti gardenia celup air masak..erkk!! itu memang geli..takdelah aku cuma nak bagi contoh kehidupan aku di alam universiti ni. kalau aku ada kelas pagi ofkos aku akan bangun seawal mungkin demi sarapan. sebab aku ni dijadikan sebagai keturunan yang akan mengalami simptom2 kentut gajah apabila tidak mengambil sarapan yer kecuali kalau memang dah bangun lewat pukul 12, itu kira makan tengahari terus la yer kekdahnyer.
in terms of sarapan, aku bukanlah jenis manusia yang mngada-ngada perlunya terhidang nasi lemak sambal sotong kurita dihidang bersama rendang ayam, apa lagi variety of malay kuih ke watsoever, cukuplah aku menghirup secawan neskepe panas bersama 3 keping biskut cream crackers Hup Seng. memang tak kenyang pun, sebab lepas tu bukan aku nak pergi panjat gunung atau menukang di bangunan-bangunan yang dalam pembinaan apa lagi untuk menjadi seorang ahli bina badan yang memerlukan telur mentah berbakul-bakul..ceritanya aku hanya perlu mendengar bebelan pensyarah sahaja, haruslah aku tak mengambil benda yang berat-berat.
untuk tengahari pula aku akan pastikan aku makan nasi campur yang paling kurang ada 2 jenis lauk termasuk sayuran dan ulaman serta sambal belachan. itu wajib okay. dan bila tiba malam aku hanya perlukan makanan goreng-goreng sahaja umpamanya nasi goreng kerr, char kuew tiow kerrr...ha jenis-jenis camtulah..
bila tiba tengah malam aku akan sambung makan biskut-biskut kering yang memang menjadi stok wajib aku di bilik, kalau aku lapar sedikit, aku rendam megi sajalah..
okay sekarang dah tahu bagaimana mahu kekal kurus? ramping dan kacak seperti daku?
jap-jap korang tak konfius ke, entri ni menceritakan hidup aku yang serba ringkas, atau tips untuk menjadi menawan, atau sarapan itu penting, ataupon kepentingan biskut kering dalam kehidupan aku?? confuse confuse.
bubyee!!
hahahah...muka x bersalah jer laki tu...
BalasPadam