Khamis, Mac 15, 2012

Mengingati Mati

Assalamualaikum wbt,

pertama-tama sekali aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Abang Noramin Mohd Nor, yang telah  pergi menghadap Illahi pada pagi hari ini kerana masalah paru-paru. Abang Amin adalah MPP UiTM Bandaraya Melaka bagi Exco Kebajikan. beliau telah banyak membantu pelajar-pelajar disini dalam meguruskan penempatan terutamanya. sesungguhnya dapat dirasa kehilangan Abang Amin kerana beliau sememangnya tidak pernah merasa jemu menghadap kerenah-kerenah pelajar yang pelbagai, kutukan, kejian, tak lepas-lepas diterima..camana aku tahu beliau diperlakukan sebegitu..jawapannya ada dalam Facebook. 

tapi hari ini aku lihat beliau sebagai seorang yang sangat beruntung, beruntung kerana pemergian beliau diiringi doa dari seluruh warga UiTM Melaka, terutama orang-orang macam aku yang memang terhutang budi dan jasa dengan beliau. tetapi itu tidak senang untuk dikecapi, bukan mudah untuk mengumpul rakan taulan yang datang mendoakan kita bila kita sudah tiada nanti. tetapi beliau berjaya melakukan itu, terbukti ramai yang sayangkan beliau semuanya kerana bakti yang beliau pernah beliau curahkan pada semua. tidak keterlaluan jika dikatakan pihak kerajaan Negeri Melaka juga sebenrnya terhutang budi dengan beliau yang sehabis mungkin mempromosi blok kediaman pelajar Apartmen Yayasan Melaka kepada seluruh pelajar UiTM Bandaraya Melaka.
kepada Alllayarham Noramin, semoga roh mu dicucuri rahmat.

berbalik kepada apa yang ingin aku sampaikan adalah, sejauh mana kita sentiasa mengingati mati? sejauh mana kita sedar yang malaikat utusan Allah sentiasa mengintai-ngintai kita untuk mencabut nyawa kita yang mana tidak akan sesekali lambat sesaat mahupun cepat sesaat. dan dari situ dapat kita imbau kembali sebanyak mana amal yang kita lakukan didunia, amal kebajikan, amal soleh, amal segala amal yang mampu memberatkan timbangan pahala bukannya dosa di padang mahsyar nanti. sungguh keji diri ini yang sering melupakan mati. semoga selepas ini aku lebih bersedia menemui Tuhanku.

#antara cara paling berkesan untuk mengingati mati adalah dengan menziarahi saudara yang telah pergi, dengan itu kita akan berasa betapa umur tidak pernah menjanjikan bila kita boleh pergi menghadap Illahi. Wallahualam

8 ulasan:

  1. salam..my practical-mate (uitm melaka) just received the news when we want to walk for our lunch. tak sangka will read the same news here. al-fatihah for him. May Allah always always blessing him..

    BalasPadam
  2. al-fatihah diucapkan keatas rohnya..walaupun tidak pernah mengenalinya..
    sebagai yang hidup terlulah muhasabah diri kerana ajal kita tiada siapa yang tahu melainkan Allah s.w.t

    BalasPadam
  3. betul2x m'ingtkn pd kematian...entry yg menarik..jmputlah singgh blog.hiihi

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah dan Takziah buat keluaga Allahyarham

    BalasPadam
  5. tu la ko,jgn slalu igt seronok saje.kui3..

    saling ingat mngingati lah kn.bkn sng nk sntiase igt mati..huhu.slalu je lalai..

    BalasPadam
  6. takziah buat keluarga arwah..

    mati pasti, tapi selalu kita lupa..

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya