Assalamualaikum wbt,
Okay kau nampak tajuk tu? aku tahu ramai yang suka Donut Pisang, buktinya ada tertera dalam komen-komen
Kak Niza Romli punya entri masa penghujung Mac lepas..ngeh3.. yela blogger ni semua lahap, nampak je entri nama makanan ingat betul-betul ada makanan leteww..
Terus terang dari lubuk sanubari hati, aku nak habaq mai la kan..sebenarnya semenjak kak niza buat entri itu aku rasa macam..ish tolonglah, ish tolonglah, ish toloooonglah jangan ada mana-mana makhluk yang buat donut pisang sebelum aku buat (sila ulang sebut ayat ‘ish tolonglah’ lagi lapanbelaskali). sebab aku memang dah laaaaaaammmaaaaaaaaa nak buat donut pisang ni semenjak aku menjadi follower blog donut pisang bukan.blog.lucah (pronounce ikot gaya aku yakni
bukan.blog.lukah) masa cuti semester lepas lagi, tapi aku ni suka bertangguh, dah nak buat tapi tak buat-buat juga. Memang tujuan nak seperaiskan malaon yang paling rajin menerjah dan mengomen ruangan eszyamin ni la kekdahnyer. Siapa lagi kalau bukan encik fikhri yang comel itteeww
Alhamdulillah berkat kesabaran aku menanti cuti pertengahan semester ini, (sila refer ayat terakhir
dalam entri yang ini..ayat ini telah mengundang kontroversi, ada yang kata ayat itu adalah petanda untuk aku menanti hari pertunangan sebab aku cakap aku tak sabar nak balik cuti mid sem, padahal memang ayat itu bertujuan untuk aku buat donut pisang yer)
tu sebab aku bertekad bahawasanya aku mahu jugak buat, tak kira apa pon yang berlaku, sakit pening demam kepialu serta onak ranjau aku tempuhi untuk mencari pisang-pisang gred A12 untuk dijadikan antara bahan dalam resipi kali ini..wah resipi kali ini gamaknyer..tak menahan macam lah banyak resipi aku share dalam blog ini.
Tanpa berlengah masa ye hadek-hadek, meh sini secara rasmiya ahbang nak berkongsi resipi rekaan ahbang sendiri..seriousness tak memplagiat dari mana-mana pakcik atau pon mak hencek gugel…itu korang harus tahu dan yang paling penting encik fikhri harus bangga…ngeeee..(untuk jadi mahasiswa yng cemerlang jangan amalkan plagiarism)
First haruslah korang buat dough dia..nama pon doughnut, haruslah ada doh..nut itu korang abaikan yer..sebab untuk membuat donut tak perlukan biji-bijian kekacang segala..
untuk buat doh
setengah paket tepung gandum yang sekilo tu (500gm la kekdahnyer)
setengah paket yis segera (mauripan)
3 - 4 sudu mentega
2 sudu gula
secawan air (terpulang)
3 - 4 sudu susu tepung
2- 5 titik minyak pisang
untuk filling (sos pisang)
2 sudu marjerin
3 - 4 batang pisang (potong dadu)
2 sudu gula
setengah cawan air
first, campur semua bahan kering macam tepung, yis, susu tepung dan gula, gaul-gaul-gaul, masukkan mentega, gaul lagi dan ramas pakai tangan saja, sampai adunan itu mampu dikepal (pastri rapuh). titiskan minyak pisang dan masukkan air. Uli elok-elok okey, tangan yang lemah gemalai sangat dituntut pada masa ini. Pada yang tangan berbulu, sila guna mixer saja..lebih hygiene katanyer..kih3..uli sampai jadi bulat dan tiada melekit di tangan. dah nampak macam doh, tutup doh pakai tuala basah, bukan spender basah ok.Tunggu doh kamu naik dua kali ganda.
sementara tunggu naik bolehlah buat sos pisang dengan cairkan mentega dulu, masukkan gula, masukkan pisang yang dah dipotong dadu itu.masak sampai entiti pisang yang bentuk dadu itu tak rupa macam dadu sangat..maknanya ilang sikitlah bentuk dier sebab dah mencair. tapi jangan hancur sangat nanti serupa kau lenyek macam nak buat cekuduk saja.
bila doh dah naik, Seperti biasa bentukkan donut kamu, jadikan dia berbentuk donut yer, kalau jadi bentuk karipap itu memang aku dah tak dapat nak tolong..kalau macam tu baik korang cepat-cepat buat filling karipap berasaskan pisang, baru synchronize dengan bentuk dia. Mampu? untuk buat bentuk pisang ambil doh itu dalam lebih kurang 90gram (sebesar buah ciku) dan bulatkan dia dan gunakan jari anda untuk lubangkan die ditengah-tengah dia..(pastikan guna jari selain jari hantu dan jari yang baru lepas korek idong)
Okay lepas tu korang boleh panaskan api, jangan panas sangat yer..eh silap nak panaskan api pulekk…panaskan minyak la sayang, tapi jangan panas menggelegak (mampu pulak minyak nak menggelegak kan) nanti hangus pula donut yang kamu mahu goreng itu..masa deep fried itu harus korang terbalik-terbalikkan dia sekerap mungkin untuk mendapatkan tona warna yang sekata diatas permukaan donut itu yer,ingat ya tona warna yang sekata bak menggunakan Garnier Lisa Sughihani itteww..sebab ditakuti nanti sebelah jadi subramanian, sebelah jadi chua soi lek..paling terbaik warna dia haruslah seperti kulit owner blog ini yer..sawo mateng katanyer. Boleh?
Dah siap digoreng.. tetiber aku rasa macam tak sedap sajalah ayat menggoreng ini, macam tak sesuai dengan ayat menggoreng donut..ada ke dalam kamus dewan ayat menggoreng donut? Takde kan? Cam aneh sajalah bila menyebutnya. Tak kesahlah yang penting korang faham. Uuuuueuuue..dah nak siap dah ni dah nak ke final stage saja ni..tak sabar mahu tunjuk hasilnya.
Okay dekat part ni dah boleh kata terletak kepada kreativiti korang sendiri nak deco macam mana donut pisang edisi istimewa musim lebaran ini yer. Korang macam la tak pernah buat part time dekat dunkin donuts ke big apple ke kan..haruslah korang tahu macam mana nak hias donut, kalau dah pemalas sangat tabor saja gula macam donut cik bibah debab tepi jalan itu, cliché la donut gula itu.
macam aku just letak sos pisang yang dah siap tadi tu diatas donut yang berbau pisang itu dan sprinkle dengan coklat rais
Taaraaaaaaa ni lah hasilnya, taklah semeriah mana sebab aku tak pernah buat part time dekat Dunkin dan Big Apple mahupun Tutti Frutti.
nak beritahu yer resipi ni memang tidak menjalani proses R&D sebelum di publish disini..sebab ini memang resipi campak mencampak saja, janji ada rupa donut, ada rasa pisang sudah memadai..sila cuba resipi ini jika mahu kelainan dalam menikmati donut di petang hari, dan share dimana-mana..tak perlu bagi kredit pada saya just ingat saya dalam doa kalian (haruslah aku pretend merendah diri, padahal dalam hati.. “eh sila papar nama aku berserta blog ini yer jika mahu share resipi ini..hengat free ker?”)..
semoga resipi ini membawa kebahagiaan dalam hidup semua..gittewww…
#ditulis pada 29 Mac 2012, 12.50am dan disimpan dalam Word 2010. Dan aku masih berdoa tika ini semoga belum ada yang membuat donut pisang sehingga aku buat dahulu khas untuk pembaca dan pengomen tegar belog ini,
Encik Fikhri..sayang beliau ngat aihh.
Maaf ini sajalah Pastry Item yang mampu aku buat untuk hargai kamu. harap terima dengan hati yang tulus murni