assalamualaikum ya ahli dunia yg fana!!!
tiba2 je rasa nk menulis tentang makanan hari ni.
sebagai manusia memang kita perlukan makanan untuk hidup,
untuk melakukan aktiviti harian dan macam2 lagilah.
tanpa makanan kita tiada tenaga untuk buat semua kerja.
okay, tanpa bermukadimah panjang lebaq, aku lurus ke noktah (straight to the point) je lah..
kadangkala kita sanggup berjalan jauh semata2 nk cari makanan yg kita suka atau idamkan.
untuk apa lagi, untuk puaskan nafsu makan kita lah..aku x terkecuali dari memiliki sifat sebegitu.
memang lumrah alam dan hakikat manusia macam tu nak buat macam mana kn??
tanpa melengahkan masa aku nak habaq mai lah ni..
berapa ramai daripada kita yg bersyukur dgn nikmat yg kita dapat..
ye aku guna duit bapak aku, duit pt aku untuk beli itu dan ini..
tapi tanpa izin Yang Pemurah lagi Maha Penyanyang kita x diberi merasa semua itu, apatah lagi untuk menjamu walau se 'cucur badak' sekalipon. tp dgn izinNya bukan saja cucur, spaghetti bolognaise pon skrg kita mampu makan.
tapi itula, mana letaknya sifat malu kita..dapat rezeki melimpah ruah tapi x pernah bersyukur..untuk bersyukur bukan susah mana.. tunaikan suruhan Dia sahaja..solat, puasa..ya ALLAH teruskan aku dan umat islam mensyukuri nikmatMu dlm erti syukur yg sebenarnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya