salam.
terdetik ingin menulis tentang sahabat kala ini setelah aku pasti aku dihargai oleh seseorang..
korang punya sahabat?? ramai?? satu? dua?? atau xde langsung??
aku ingat lagi..ketika darjah 3, tahun, 1999 seorang cikgu matematik merangkap guru kelas telah bertanya kepada kami semua tentang perbedaan antara sahabat dan kawan. masa tu aku ingat dua2 pon sama jer. tapi setelah diberi penerangan lanjut, aku dapat membezakan kedua2nya. terima kasih Cikgu Rosly..
...proses pembelajaran sangat kan??....
masa kecik2 hingus meleleh, selekeh dulu..aku x pernah kesah siapa yg hadir dalam hidup aku..sebab selain bersama rakan2 sekolah, aku punya kehidupan sendiri. punya perjalanan hidup sendiri. siapa nk kwn dgn aku, aku x kesah, siapa yg xnk kwn dgn aku, lg aku x kesah..sebab aku dilahirkn untuk belajar mengenali dunia dgn sendiri. aku x gemar kesesakan disekeliling. kalau aku sendiri, aku rasa lebih bebas, aman, tenteram, selamat lagi membahagiakan..
ingat lagi masa umur dlm lingkungan awal remaja 11 - 15 dulu..x ingt dengan jelas pada umur berapa ibu telah bertanya pada aku..''ancik pergi mana petang2 ni??.." aku jawab "pergi jalan2.." ibu bertanya lagi..''sorang2..??''..."a'ah.." jwb aku... masa tu aku tengok wajah ibu sedikit kelat kerana pelik kot dgn perilaku aku...mana taknye lepas abis sekolah petang..aku akan jalan2 naik basikal kt area2 kg.pasir puteh, kt pasir botak, tasik dewan serbaguna, taman musabika dan paling extreme time tu naik basikal sampai atas bukit yg menempatkan lokasi tangki air kalumpang..sume aku lakukan seorang diri..
Ya Allah, rindunya....
x ramai bukan yg mcm aku?? saat2 mcmni ramai yg berhuhahuha dgn kawan2..pegi sana pegi sini dgn kawan2. segalanya kawan lah pada peringkat umur mcm ni..tp aku x...
tp yg paling pelik aku rasakan dlm diri aku.. aku sgt menghargai rakan2..walaupun aku x suka beramai2..tp aku sgt menghargai mereka. pabila nk raya, kad raya memg aku hulur (dlm ati memg harapkan balasan) tp ada yg x balas, bukan x mention dlm tu " pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas" tp ermmh..haremmm....sehingga sampai 1 tahap, aku sendiri malas nk menulis kad raya..tmbah2 dgn adanya teknologi moden, sms, mms n paling gah skrg FB, siap ada pantun kata "nk bg kad raya posmen dh cuti" cmtulah kurg lebih bunyinya, sgt loya kot, mintak maaf, tp aku nk muntah bila ada msj cmtu di malam raya, nasib baik dapat mlm raya, kalau dpt pagi raya, memang muntah kuah kacang+rendang la gamaknyer...walaupon nada gurauan, ntah kenapa nk salahkn posmen sbb x dpt anta kad raya, padahal memg ko tu x nk bg kad raya kn??..haha teremosional pulek..so sekarang ni kad raya memg dirasakan sgt kolot jika diberii...
x kesahlah itu..lain org lain pndangan.. tp bagi aku kad raya memg tinggi nilai sentimental dier..aku sgt bersyukur jika ada yg masih menghulur kad raya dlm zaman serba canggih ini..
tettt...
(ni bukan pasal hari raya aku yer)
berbalik pada cerita asal, aku ni memang jenis menghargai kehadiran kawan, tp x suka beramai2 dgn kawan..ingt jgn salah tafsir..bukan x suka berkawan, tp x suka beramai2 dgn kawan2..fhmkn yer statement tuh!!!
sampai la dewasa ini aku mula kesah dgn siapa yg berdamping dgn aku, aku mula cuba mencari siapa diantara kawan2 aku yg boleh dijadikan sahabat..yg hadirnya menceriakan, yg perginya mendukacitakan, yg ehsannya dpt melegakan hati yg lara dan yg cintanya membawa ke syurga..
apa pon yg anda fikirkan tentang apa yg perlu ada pada sorang sahabat..itu hak anda!!!
sukar bukan?? nk dapatkn sahabat?? kadang rasa mcm dh jumpa, tp tengok2...yg hado!!! hehehehe..
setakat ni, dlm kehidupan aku...ntahlah... belom ada kot..yg berpotensi tu ada la...
tp aku pasti untuk mendapatkan sahabat, aku perlu jd sahabat kepada yg lain dahulu..itu aku sgt pasti.
semoga aku dipertemukan dgn meraka2 ini...amin...
p/s:: seorang sahabat akan menerima sahabatnya tanpa memikirkan dari mana kau datang, tp akan memikirkan kemana kau pergi..wallahualam..