Assalamulaikum wbt,
memandangkan semua orang nak bagi ucapan raya, aidilfitri, lebaran sana sini, terasa macam apakah perlu aku juga terlibat untuk semua ini? raya datang minta maaf zahir batin, lepas raya buat dosa lagi, and it will goes like this for the next raya, and next and next and next until we die. cliche..very cliche..
tapi nak buat macam mana, manusia bukan malaikat yang super sempurna tiada dosa..kita cuma manusia biasa yang sering khilaf sana sini, dengan Allah pun hubungan cacat serba serbi, apa lagi hubungan sesama manusia yang sememangnya senang sangat nak terlihat compang-campingnya sana sini.
jadi, untuk kesekian kalinya saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kertelanjuran kata, perbuatan yang terlebih sana sini, perkataan yang keluar andai menyakitkan dan menyinggung perasaan kalian, tidak kira yang sudah lama mengenali diri ini, atau yang baru kenal.
dan aku pasti aku juga akan tersilap lagi selepas ini dan inshaALLAH jika janji Allah untuk mencabut nyawa aku bukan dalam masa terdekat ini dan aku masih berkesempatan untuk menyambut Ramadan dan Syawal untuk tahun hadapan, aku akan memohon ampun lagi daripada kalian yer. :)

khas untuk sahabat yang selalu disakiti hatinya, saya minta maaf lagi sekali, saya tahu sepanjang perkenalan kita dah berpuluh ribu kali saya minta maaf atas perbuatan buruk saya yang dah berjuta-juta kali keatas kamu. saya tahu bukan mudah untuk mengembalikannya kepada keadaan seperti yang mula-mula dahulu. jadi maafkan saya yer.
Memaafkan tak semudah ABC,
Kalau boleh jagalah semua hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Jangan buat dosa lagi pasni.
Jom Takbir!!
selamat hari raya! :D
BalasPadamHehe...selamat hari raya aidilfitri yeah!
BalasPadamselamat hari raya k :)
BalasPadamslm aidilfitri maaf segala slh silap ye :)
BalasPadamselamat hari raya maaf zahir batin..jempot la aku beraye ke ghumah..hehe
BalasPadampandai berpantun! haha
BalasPadamselmt hri raye...
BalasPadam