Ahad, Julai 29, 2012

Sesudah Subuh

Tatkala malam ingin melabuhkan tirainya, ramai umat manusia cuba mendapatkan keberkatan, bangun dari lena hanya untuk melakukan sahur

Rasulullah saw bersabda :
"makanlah sahur, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan" [HR Bukhari & Muslim], 
"bersahurlah walau hanya dengan seteguk air" [riwayat Ibn Hibban], 
"umatku terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur" [riwayat Ahmad]

sahur juga membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani

dulu..
rutin seperti biasa, bangun sahur, liatnya Allah jua yang tahu, lelah barangkali si Ibu mengejutkan anak-anaknya yang masing-masing seakan tidak mahu mengalah untuk menjadi yang paling liat dalam bangkit untuk bersahur.

pujuk si Ibu, hari ni ibu masak Tom Yam, atau mungkin dipujuk dengan Sup Ayam, Sup Sayur..masak sangat dengan perangai anak-anak...anak-anak ni hanya berselera untuk bersahur kalau dengar juadah yang terhidang adalah juadah yang berair, atau berkuah

benda-benda berkuah ni lebih mendatangkan selera dan membuatkan kami segar mata apabila dapat menghirupnya

pengorbanan..
3 pagi, Ibu sudah bangkit, kadang terdengar kelentang kelentung di dapur, huh, hati suci suruh diri ini bangun membantu, tapi hati busuk, menarik selimut yang sudah kemana perginya diperkemas ke seluruh tubuh dan arghhh nikmatnya tidur..

tahu-tahu semua dah siap, tugas anak-anak tinggal nak telan sahaja masakan ibu.

perkara pertama, buka televisi tonton drama Ramadan yang terhidang pagi-pagi itu, masih teringat drama Nur Ramadan, atau mungkin drama bersiri Hariyati lakonan Umie Aida

mengadaplah aku depan televisi sambil menyuap juadah ke mulut dengan harapan aku takkan berasa lapar sepanjang hari. itu juga janji ibu semasa mengejut aku untuk bangkit bersahur, Ibu janji kalau aku bangkit dan bersahur nescaya aku takkan berasa lapar sepanjang hari malah akan terus-terusan bertenaga tanpa menelan Scott Emulsion mahupun meminum Ho Ho Ho

Imsak..
stop, jangan telan apa-apa, minum cepat banyak-banyak, 1 liter air suam paling-paling menjadi rebutan di saat akhir.

Usai Subuh..
berlegar aku dan rakan-rakan beradik yang lain ke luar rumah, mengambil udara pagi sambil menyegarkan mata dengan titis-titis embun yang masih berserakan di ruang udara, menghayun buaian sambil menyaksikan bulan terang.

kau nampak tak kat permukaan bulan tu ada semacam manusia sedang bertahiyat akhir, tanya kakak
a'ah lahh kak, jawab aku dan adik
kuasa Allah yang mengkehendakkan sesuatu maka terjadilah ia

sememangnya sedari kecil aku rapat dengan kakak, dengan adik juga teman bermain basikal diwaktu pagi selepas subuh
Abang? tido balik mungkin..


aku rindu saat-saat segala semua itu, rindu zaman kanak-kanak, rindu suasana tenteram dan damai, rindu semuanya tentang masa kecil, rindu sebab masa tu minda aku bebas, bebas puas tiada yang menyakitkan dan melemaskan. Rindu Ramadan Dulu-dulu

is it iftar already?

3 ulasan:

  1. sedih je aku bace..mungkin kekadang aku jg ada hati yg busuk, lepas waras baru terfikir kesianya ibu terkontang kanting di dpur..
    aku rndu jgk ngn ramadan dulu2.. brsahur ramai then brbuka ramai2..skrng ada beberapa batang mnusia je.. kesian ~

    BalasPadam
  2. belum iftar lagi.. jgn pi bukak periuk cri mknn suda hehe..
    salam rmdhan..

    BalasPadam
  3. tp ramai yg susah bangun sahur kan -.-
    sememangnya zaman kecik lebih bernilai

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya