Ahad, Disember 11, 2011

Ahad Yang Suram

Seakan dapat dibaca gerak naluri ku 
Alam yang didiami sayu menghentak jiwa
Renyai hujan mendeklamasi rentak degup jantung
Mungkin ini hanya retorik emosi
Tapi aku tahu jua apa aku rasakan
Dalam kepingin dekat denganmu
Semakin jauh rasa itu.


Alamku, kenapa kau bicara sunyi,
Kenapa kau meredup hati
Aku bosan rasa begini
Tetapi seronok kerana kau seakan mengerti
Terima kasih Ya Allah kerana masih ku temui hari seperti ini
Kerana ia akan kekal terpatri didalam memori

4 ulasan:

  1. ingat blog Usman Awang tadi der.. hahaha.. gud try!

    BalasPadam
  2. wah berpusi puitis nampak...penggunaan ayat yang bagus

    BalasPadam
  3. khai...pabila rangkaian kata terpacul diminda, begitulah akhirnya ia terpatri

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya