Assalamualaikum..
kadangkala kita rasa terseksa dan terbeban dengan dugaan hidup, ujian yang dilemparkan pada kita sering disalah tafsir dengan menyalahkan Pencipta kita. rungutan dan perkataan 'kalau' sering tercabul dengan sendirinya pabila musibah menimpa. dan kita juga sentiasa memikirkan bahawa kita adalah manusia yang paling terbeban dengan ujian ini. tiada manusia lain yang rasa terbeban melainkan aku, bisik nurani. kita salahkan sana, salahkan sini tak kurang juga sering salahkan situ. tanpa sedikit pun muhasabah diri sendiri dengan memikirkan dosa yang terdahulu.
pagi tadi kejadian yang tidak diingini berlaku kepada sahabat aku apabila rumahnya terbakar dalam keadaan umat islam masih baru untuk menyemai rasa kemanisan Ramadan. mungkin ini telah membuka mata dan telinga aku bahawa ada manusia yang lebih hebat dugaannya daripada aku. aku tidak tahu jika ini berlaku kepadaku, apakah aku akan sering menyalahkan sana, sini dan situ atau apakah aku akan tunduk mengabdikan diri kepada Tuhanku dengan sehina-hina rasa, aku sendiri tidak mengetahuinya. sesungguhnya rasa mulia, takbur, tinggi diri adalah rasa yang sangat manis untuk dirasakan tetapi sangat hina untuk dihisabkan. moga-moga aku terus sedar bahawa tiada yang lebih berkuasa berbanding kuasa Ilahi dan tiada yang lebih menyayangi diri berbanding kasih sayang Ilahi.
kepada sahabatku semoga terus tabah hadapi dugaan, dalam bulan Ramadan ini segala tindak tanduk kita dihisab sehingga sekecil-kecil benda seperti tidur pun mendapat ganjaran. wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya